Kadar Skim Gaji Minimum Pekerja Swasta 2013

on 1 January 2013

Kadar Skim Gaji Minimum Pekerja Swasta 2013Kadar Skim Gaji Minimum Pekerja Swasta 2013 | Pengumuman kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta telah diumukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Gaji minimum ini meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik dan akan berkuat kuasa enam bula dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Kadar gaji ini perlu dilaksanakan oleh setiap majikan dan tindakan undang-undang akan boleh dikenakan jika majikan gagal mematuhinya. Tujuan garis panduan ini adalah untuk membela nasib pekerja swasta dari ditindas dengan gaji yang terlalu rendah.

Antara Pengumuman Gaji Minimum Pekerja Swasta:

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari. Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Gaji minimum pkerja swasta.. Bagusla

    ReplyDelete
  2. kalau semua ikut yg digariskan tu
    Al Hamdulillah bolehlah bernafas panjang sikit hingga ke hujung bulan :)

    ReplyDelete
  3. Camana dgn kami di Sandakan Sabah ni sebab kilang sawit tempat kami bekerja masih berdegil tak mematuhi Dasar Gaji Minimum ni apa tindakan dari kerajaan?

    ReplyDelete
  4. pekerja swasta nak mengadu pada siapa jika gaji minimum tak dilaksanakan oleh majikan? tq

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved