Terkini! Bayi 8 Bulan Didera Hingga Meninggal Dunia

on 18 October 2012

Terkini! Bayi 8 Bulan Didera Hingga Meninggal Dunia | Apa nak jadi dengan manusia sekarang nie, dah tak ada perikemanusiakah lagi dalam diri tu sehingga tergamak mendera bayi comel ini sehingga meninggal dunia. Macam-macam kes sudah terjadi yang melibatkan bayi seperti pembuangan bayi, bayi tersedak susu dan banyak lagi yang dah menjadi topik di setiap media massa terutama sekali blog. Apakah manusia sekarang nie nak kembali kepada zaman jahiliah balik?

Bayi 8 Bulan Didera Hingga Meninggal Dunia

Baru-baru ini, seorang bayi yang baru saja berusia 8 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis terpaksa dimasukkan ke hospital Khamis lalu akibat mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan serta kaki kiri. Namun begitu, masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Bayi perempuan itu meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ibu mangsa yang dikenali Sebagai Aida, 29, sewaktu ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Aida terkilan kerana Balkis yang telah pandai merangkak serta baru hendak belajar berjalan tidak sempat menggunakan 'baby walker' yang dibelinya.
Nota: Memang geram sangat dengan teman lelaki ibunya tu, mana perginya perikemanusiaannya bila dia mendera bayi comel tu ya? Dia tu dah kena rasuk syaitankah masa tu sampai tak ada belas kasihan langsung. Memang banyak kes macam begini dah berlaku. Jadi pihak berwajib kena ambil tindakan yang lebih tegas lagi untuk membendung perkara sebegini dari terus berulang kembali. 
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. ya Allah ..retak tempurung kepala ? haish ..kejam

    ReplyDelete
  2. blog ni sntiasa m'ikuti informasi smsa..bita ni bru je kluar kat akbr:-)

    ReplyDelete
  3. apa nak jadi la manusia sekarang ni..semakin kejam...geram pulak aku

    ReplyDelete
  4. Klu aq dpt pkwe gni aq smbat je dlm lokap..ap die igt nk brnak 2 snang ke..mnusia zaman skrg bnuh owg mcm bnuh cicak..

    ReplyDelete
  5. Klu aq dpt pkwe gni aq smbat je dlm lokap..ap die igt nk brnak 2 snang ke..mnusia zaman skrg bnuh owg mcm bnuh cicak..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved