Soo Wincci Bercinta Dengan Budak Bengkel | Jika anda peminat Soo Wincci pastinya akan tertanya-tanya siapakah budak bengkel atau perkataan yang lebih sopan, mekanik yang bertuah berjaya memikat hatinya?
Sebenarnya ia adalah hasil dari satu klip video Soo Wincci, jom tengok klip video ‘Terus-Teranglah’ dan jangan terkejut sekiranya Joe Flizzow merupakan mekanik yang terdapat dalam klip video tersebut.
Soo Wincci sewaktu ditemubual selepas penggambaran, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana satu lagi impiannya telah tercapai dalam merencanakan kerjaya seni untuk album melayu pertamanya.
"Ini juga merupakan kali pertama saya bertemu dengan Joe Flizzow. Sebelum ini, walaupun kami berduet bersama dalam lagu ini, tapi saya tidak berkesempatan berjumpa dengannya kerana komitmen masing-masing yang agak sibuk. Di sini saya ingin berterima kasih kepada Joe yang telah memberi kerjasama yang sangat baik untuk klip video ini. Terima kasih juga kepada pengarah muda saya, saudara Jin dan krew-krew yang terlibat," ujar Wincci dengan panjang lebar.
Wincci kini juga di lihat terus mengembangkan sayapnya, terbaru beliau sedang sibuk memasuki studio di Taiwan sempena merealisasikan impiannya untuk melancarkan sebuah album Mandarin bagi pasaran Taiwan pada pertengahan Disember ini.Sementara itu, Album mini Soo Wincci bakal berada di pasaran pada November ini di bawah edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd. Kepada peminat Soo Wincci jangan ketinggalan untuk dapatkan album ini dengan segera. - Sumber: forblogger
ingatkan mekanik apa la... lakonan je
ReplyDelete