Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

on 21 October 2012

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis | Kini keseronokan memiliki Apple Ipod Touch semakin membuak-buak keranan ianya semakin ringan dan nipis untuk beberapa milimeter lagi berbanding versi sebelumnya. 

Penampilan iPod Touch yang baru ini dapat dirasakan agak menakjubkan juga, lebih berkuasa berbanding sebelum ini bermula dari permainan game sehinggalah kepada memainkan muzik di mana-mana sahaja. Segala-galanya dilihat cukup hebat pada paparan skrin Retina 4 inci.

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Untuk pertama kalinya, iPod Touch diperbuat daripada aluminium anodised yang selalunya digunakan dalam MacBook. Apa yang lebih menarik ialah kaedah pembuatannya juga sama dengan MacBook. Ini membuatkan perkara pertama kali anda sedari mengenai iPod Touch kerana beratnya hampir sama. Selepas itu, anda juga akan cepat menyedari beberapa ciri lain daripada Apple seperti garisan tepi serong sangat berkilat.

Malahan iPod Touch juga diperbuat daripada aluminium gred terbaik. Terdapat lima warna pilihan pada model ini, ia juga menggambarkan jiwa kepada pemiliknya seperti bersemangat dan ceria. Ini kerana warnanya terikat secara langsung kepada aluminium yang tidak hanya dicat pada permukaan. Jadi anda lihat warna tepu tetapi masih berkilauan.

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Jangka hayat baterinya nyata lebih tahan lama dengan tempoh masa sehingga 40 jam untuk mendengar lagu atau sehingga lapan jam melayan koleksi movie tanpa henti selepas anda mengecaj sepenuhnya. Selain itu, iPod Touch baru juga tampil dengan 5 megapixel iSight kamera dengan fungsi autofokus siap dengan face detection dan LED flash lagi. Kamera hadapan pula didatangkan dengan 1.2 megapixel.

Harga Apple iPod Touch baru ini di Malaysia pula ialah RM1,049 (versi 32GB) dan RM1,399 (versi 64GB).

Sumber: forblogger.net | ammboi.com
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved