Kisah Amanda Todd Dibuli Sehingga Membunuh Diri | Gadis berusia 15 tahun, Amanda Todd, didapati membunuh diri pada 10 Oktober lalu apabila dia tidak sanggup lagi meneruskan hidup akibat menjadi mangsa buli cyber.
Namun sebelum kematiannya, pada 7 September 2012, dia sempat memuat naik sebuah video di Youtube dengan menceritakan apakah yang telah berlaku di dalam hidupnya.
Dengan menggunakan kertas, Amanda memberitahu segalanya bermula apabila dia telah memberi gambar buah dadanya kepada seorang lelaki.
Lelaki itu telah menyebarkan gambar berkenaan di dalam internet dan bermula dari situ hidupnya terus dibenci.
Pelbagai maki dan cacian diterima Amanda. Dia tidak dapat menerangkan keadaan sebenar malah tidak diberi langsung peluang kedua.
Situasi itu memaksa dirinya perpindah sekolah sehingga beberapa kali, tetapi semuanya tidak berhasil. Ada saja perkara malang menimpa dirinya.
Tentang macam mana dia bunuh diri tidak dapat pula dipastikan, tetapi dia pernah mencuba untuk minum cucian bleach tetapi tidak berjaya. Dia hanya dimasukkan hospital. Kesian sungguh nasib yang menimpa Amanda.
ouh ada jugak dengar berita dia mati tapi betul ke sebab tu ?
ReplyDeletedia laa yang tak fikir panjang