Johan As'ari Akui Pernah Kerja Bancuh Simen Dan Ikat Batu | Siapa sangka, sejarah kerjaya seseorang pelakon ataupun bintang sebelum dan selepas terkenal memang banyak berbeza, pasti mereka juga mempunyai sejarah hidup mereka tersendiri.
Kalau dulu kita dihidangkan dengan kisah dan sejarah pelakon, pengacara dan pelawak Nabil yang hanya bertugas sebagai penghantar surat, kali ini kisah benar dari Johan As’ari pula.
Johan As’ari, menerusi akaun Instagramnya telah menulis sesuatu tentang sejarah dirinya yang lalu bekerja sebagai sebagai pembancuh simen dan pengikat batu sebelum bergelar pelakon. Katanya;
“Alhamdulillah.. Dulu aku pernah bekerja sebagai pembancuh simen dan ikat batu. Syukur….pengalaman ini sangat beharga kerana aku kenal erti kesusahan. Baguslah, walau apa pun yang kita jadi sekarang, kita kenalah sentiasa ingat dari mana kita datang.”
Alhamdulillah, memang sangat bagus mengingati sejarah lalu buat panduan di masa akan datang, buaknnya apa, supaya tidak leka dan hanyut dek dunia hiburan yang sentiasa penuh dengan pelbagai isu dan kontroversi.
Sumber: forblogger
dasyat juga ye kisah hidup dia ni dulu...
ReplyDeletesemoga dia tak lupa diri..
ReplyDelete