Ibu Bob AF2 Meninggal Dunia Akibat Kanser

on 5 September 2012

Ibu Bob AF2 Meninggal Dunia Akibat Kanser | Ibu kepada bintang Akademi Fantasia 2, Bob yang bernama Rosnah Tuah, 52, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 petang tadi.


Menurut sumber, ibu Bob meninggal dunia selepas menderita sakit kanser pangkal rahim. Difahamkan, arwah telah mengidap penyakit ini selama 4 tahun dan meninggal dunia di Hospital Limbang, Sarawak di sisi Bob sekeluarga.

Semasa dihubungi, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Yusrizan Yusop yang merupakan anak sulung dari dua beradik ternyata redha dengan pemergiannya ibunya itu tatkala umat Islam masih lagi meraikan sambutan Aidilfitri.
“Anak mana yang tidak sedih kalau bondanya pergi buat selamanya. Namun saya bersyukur kerana sempat bersama arwah sepanjang ramadan dan syawal ini. Malah, saya juga turut menyaksikan sendiri pemergiannya. 
“Ini adalah ketentuan Allah. Saya dan keluarga sudah bersusah payah menjaganya dengan baik. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sebelum dia pergi. Saya bersyukur, ibu saya pergi dengan keadaan tenang dan sempat mengucakanp kalimah syahadah,”
Bercerita lanjut mengenai pemergian ibunya itu, Bob memberitahu 2 minggu sebelum meninggal, ibunya itu tidak mampu berkata-kata.
“Sebelum ini dia ada berpesan kepada saya supaya menjaga ayah, adik, diri dan rumah dengan baik. Malah, dia juga pesan supaya jujur dalam melaksanakan tugasan. Sebagai anak, saya sudah bagi sepenuhnya kepada dia. Saya sudah berikan secukupnya buat ibu saya. Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan esok pada jam 10 pagi di tanah perkuburan Islam, Sungai Kudung, Limbang Sarawak,”
Takziah buat Bob AF2 dan sekeluarga diatas pemergian ibu tersayang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman- Ibu Bob AF2 Meninggal Dunia 
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Al Fatihah moga rohnya disisi org yg beriman

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.. semoga arwah ditempatkan ditempat orang2 yang beriman dan beramal di sisiNya.. amin..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved