Nabil Raja Lawak Dijangka Dapat Anak Perempuan | Kalau betullah yang Nabil akan dapat anak perempuan, baguslah. Senanglah nak ngurat nanti. Ada hati nak urat anak orang yang kecil tu. Tapi apa-apa pun tahniah Nabil ! Jom ikuti ulasan Nabil bersama OhBulan.
Meskipun Nabil Raja Lawak sentiasa sibuk menjalani aktiviti seni, beliau masih tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tambahan pula kini isterinya, Zira sedang hamil 6 bulan dan perkara ini membuatkan Nabil sering meluangkan masa bersama isterinya.
Memandangkan usia kandungan sudah menjangkau 6 bulan, Jadi pihak OhBulan! mengajukan soalan, adakah dia dan isteri ada melakukan proses 'scan' untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan? Dengan senang hati Nabil menjawab ada dan bayi di dalam kandungan isterinya adalah bayi perempuan.
"Kami ada buat scan, bayi tersebut adalah bayi perempuan. Jadi, untuk nama dalam perut saya panggil dia 'Pia' ataupun 'Sofia' sebab nama tersebut macam senang dan sedap mulut menyebut. Tapi itu untuk nama dalam perut jer. Tak tahulah kalau dah keluar nanti saya nak bagi nama lain pula," ujar Nabil sambil tergelak.
Selain dari itu, Nabil turut menyuarakan hasrat, di mana apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata dan berada dalam keadaan pantang nanti, beliau ingin menggunakan khidmat profesional tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh tersebut.
"Bila isteri saya dalam pantang nanti, saya nak gunakan khidmat profesional tukang urut tradisional. Saya nak dia jaga isteri saya sepanjang tempoh pantang 44 hari dan dia kena datang hari-hari sama ada siang ataupun malam." ulas Nabil lagi.
Menurut Nabil lagi, sejak berbadan dua, isterinya menjadi seorang yang suka dan rajin memasak. Namun begitu, Nabil merasa lega kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan pertama ini.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment