Top 5 Pasangan Selebriti Terkaya Di Dunia 2012

on 13 August 2012

Top 5 Pasangan Selebriti Terkaya Di Dunia 2012 | Berdasarkan senarai dari Forbes, mari lihat siapa Top 5 Pasangan Terkaya Dunia 2012. Ranking ini adalah berdasarkan pendapatan pasangan yang berjaya meraih pendapatan paling tinggi tahun ini.

Tempat Pertama – Beyonce Knowles dan Jay-Z


Beyonce Knowles dan Jay-Z

Mungkin ada yang dah tahu mereka memang sedia kaya-raya. Lantas tahun ini menyaksikan Beyonce Knowles dan Jay-Z dikedudukan teratas. Sekaligus mengetepikan pasangan model Gisele Bundchen dan bintang sukan Tom Brady, dengan jumlah gabungan pendapatan dari 1 Mei, 2011 hingga 1 mei 2012 berjumlah 78 juta USD. Pendapatan yang diraih itu adalah menerusi hasil album Beyonce yang meraih anugerah platinum, dengan kerja-kerja muzik, konsert jelajah juga tawaran yang berterusan. Ditambah dengan pendapatan dalam projek muzik yang diraih Jay-Z bersama Kanye West menerusi album Watch the Throne. Sekaligus membolehkan pasangan ini berada di tangga no.1. Kajian Forbes mengesahkan Beyonce nampaknya sebagai pencari nafkah paling besar dalam keluarga dengan jumlah pendapatan kira-kira 40 juta USD berbanding Jay-Z hanya 38 juta USD.

Tempat Kedua – Bundchen dan Brady


Bundchen dan Brady

Sementara Bundchen dan Brady tidaklah ketinggalan jauh. Mereka berada di tempat ke-2 dalam senarai itu dengan pendapatan gabungan sebanyak 72 juta USD. Sama seperti Beyonce, Bundchen memperolehi pendapatan lebih daripada suaminya iaitu dengan mengaut kira-kira 45 juta USD setahun, hasil daripada peragaan dan menjadi jurucakap produk. Manakala Brady meraih pendapatan sebanyak 27 juta USD termasuk kontraknya bersama New England Patriots dan kontrak sebagai duta bersama Under Armour dan UGG Boots.

Tempat Ketiga – David Beckham dan Victoria Beckham


David Beckham dan Victoria Beckham

Ikon sukan, fesyen dan muzik-bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi yang dah pun bertukar bidang menjadi pereka fesyen, Victoria Beckham menerusi pendapatan gabungan, mereka memperolehi 54 juta USD. Sebanyak 46 juta USD datang daripada hasil kontrak bola sepak Beckham serta beberapa kontrak sebagai duta dan jurucakap produk. Selebihnya adalah mendapatan yang diraih isterinya yang juga merupakan anggota kumpulam Spice Girls. Jumlah pendapatan yang mereka perolehi ini membolehkan pasangan ni naik satu tangga daripada tangga ke-4 tahun lepas ke tangga ke-3 dalam senarai Forbes tahun ini.

Tempat Keempat – Brad Pitt dan Angelina Jolie


Brad Pitt dan Angelina Jolie

Pasangan suami isteri Brad Pitt dan Angelina Jolie, yang meraih kira-kira 45 juta USD tahun lepas, sekadar menduduki tempat ke-4 untuk tahun ini. Dengan hanya pendapatan yang diraih hasil lakonan dari tahun ke tahun nampaknya semakin susut kira-kira 5 juta USD. Pitt memperolehi sebanyak 25 juta USD yang mana kebanyakannya menerusi watak utama dalam filem-filemnya sementara Jolie memperolehi 20 juta USD.

Tempat Kelima – Will Smith dan Jada Pinkett Smith


Will Smith dan Jada Pinkett Smith

Kalau tahun lepas menyaksikan pasangan kekasih bintang Twighlight Robert Pattinson dan Kristen Stewart berada di tangga ke-5. Kedudukan pasangan yang dalam kondisi kini dilanda konflik ni telah ‘dirampas’ oleh pasangan Will Smith dan Jada Pinkett Smith. Dengan jumlah pendapatan gabungan yang mereka perolehi sebanyak 40 juta USD. Tahun yang baik untuk Smith apabila pendapatannya mencecah sebanyak 30 juta USD. Manakala Jada memperolehi sebanyak 10 juta USD. (Sumber)

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved