Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia

on 13 August 2012

Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia | Setelah dua tahun bertarung melawan penyakit kanser, ibu kepada aktor dan penerbit, Hans Isaac, Carmina Isaac telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi laman Twitternya sebentar tadi.

Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia

Menurut beberapa sumber media, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nanas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir. Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.


Sebelum ini beberapa media ada menyiarkan mengenai Hans yang sanggup mengurangkan aktiviti seninya kerana mahu fokus menjaga serta meluangkan masa bersama ibunya yang sedang sakit. Takziah diucapkan kepada Hans. (Sumber)
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. owh, semoga hans terus tabah menghadapi hri-hari mendatang tanpa ibu di sisi

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved