Kuah Sate Boleh Buat Mata Zizan Razak Bengkak?

on 23 August 2012

Kuah Sate Boleh Buat Mata Zizan Razak Bengkak? | Tak tahu juga aku yang Zizan nie ada alahan pada makanan. Baru first time aku dengar, mungkin aku nie bukannya peminat fanatik dia tu. Namun inilah hakikat yang terjadi kepada pelawak Zizan Razak, 28, apabila terpaksa menelan liur melihat juadah sate yang dibuat neneknya pada setiap tahun sempena Hari Raya kerana tidak dapat menikmatinya akibat alahan yang ada pada dirinya.

Zizan Razak

Kesiahan dekat Zizan sebab tak dapat nak makan sate buatan air tangan neneknya dek kerana alahan yang dialaminya pada seluruh badan manakala matanya akan bengkak setiap kali menikmati makanan tersebut bersama kuahnya. Untuk pengetahuan semua, Sate merupakan makanan kegemarannya yang dimasak oleh neneknya pada setiap  tahun. 

Antara kata-kata Zizan:-
“Sate adalah antara makanan kegemaran saya yang dimasak nenek setiap tahun. Tapi sekarang ini saya dah tak boleh makan kerana kuah kacangnya membuatkan saya akan mengalami alahan seluruh badan. Ia mampu mengganggu tekak dan mata pula akan bengkak. Pelik pula rasanya, bila dah jadi artis, tiba-tiba tak boleh nak makan kuah kacang, ngada-ngada betul saya ini,”
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. hahaha..kesiannya dia.hehehe

    ReplyDelete
  2. alahan kacang kot..huhu....

    ReplyDelete
  3. huhuhu... x dapek nk nolong eh

    ReplyDelete
  4. alahai, kena tahan sabar la tengok org lain makan

    ReplyDelete
  5. lawak la komen zizan tu "ngada2 betul saya ni"..tak dpt makan kuah kacang, mkn je lah sate tanpa kuah...asal tak kempunan..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved