Anzalna Setuju Syarat Pelik Dari Neelofa Agar Memohon Maaf Secara Terbuka

on 2 July 2012

Anzalna Setuju Syarat Pelik Dari Neelofa Agar Memohon Maaf Secara Terbuka | Anzalna dilaporkan bersetuju untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan Neelofa dalam sepucuk surat perjanjian selepas menerimanya daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi. Beliau mesti akur dan menerima syarat-syarat berkenaan dengan hati terbuka sebelum melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa.

Anzalna Setuju Syarat Pelik Dari Neelofa Agar Memohon Maaf Secara Terbuka

Walaupun beliau berasa pelik dengan syarat-syarat Neelofa tetapi beliau tetap bersetuju untuk memenuhi permintaan Neelofa kerana tidak mahu perkara remeh itu berlanjutan. Menurut Anzalna, beliau akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana tidak mahu memanjangkan kes ini. Sidang media khas itu dijangka diadakan pada Isnin petang (esok) pada waktu dan lokasi yang belum ditentukan lagi.

Anzalna Setuju Syarat Pelik Dari Neelofa Agar Memohon Maaf Secara Terbuka

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun 2012. Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun 2012, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya. Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa. 

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved