Video Malaysia 4 vs 2 Taiwan 28 Jun 2012 – Kelayakan Piala AFC 2013 B-22 Kumpulan G | Harimau Muda melakar kemenangan kedua dengan menewaskan Taiwan (Chinese Taipei) 4-2 dalam aksi perlawanan ketiga kedua pasukan di saingan kempen kumpulan G kelayakan Piala Asia 2013 bawah 22 tahun.
Malaysia terlebih dahulu di depan seawal minit ke-8 menerusi jaringan Rozaimi Abdul Rahman. Jaringan gol awal menaikkan semangat para pemain untuk mencari gol seterusnya.
Dalam usaha menahan asakan dari jentera serangan Malaysia, benteng pertahanan Taiwan, Chen Yen-Yui melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri dan meletakkan Malaysia 2-0.
Rozaimi sekali lagi menambah koleksi jaringan gol peribadinya menjadi 6 gol sepanjang saingan kelayakan kumpulan G dengan menjaringkan gol ketiga Malaysia di minit ke-40.
Bersambung babak kedua Taiwan berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Lin Chang Lun (minit 50′). Ketika kedudukan 3-1, D. Saarvindran menambah derita Taiwan apabila menyumbat gol ke-4 Malaysia.
Usaha Taiwan memburu gol penyamaan sehingga masa tambahan membuahkan hasil, Wen Chih Hao mendapatkan gol kedua mereka.
Dengan kemenangan 4-2 ini, Malaysia kini menduduki tangga ketiga kumpulan G dengan 6 mata manakala kedudukan 1 dan 2 dihuni oleh Korea Selatan dan Myanmar yang berkongsi 7 mata.
Video Highlights
Kami dah banyak kali perhatikan byk entri di laman kami di copy paste oleh anda tanpa memberikan sumber (backlink)
ReplyDeletetlg hargai usaha orang lain sama
@Crew NakalSorry... terlupa nak backlink balik... maaf yer...
ReplyDelete