Video Malaysia Vs Taiwan 28 Jun 2012 | Kelayakan Piala AFC U22 2013

on 28 June 2012

Video Malaysia 4 vs 2 Taiwan 28 Jun 2012 – Kelayakan Piala AFC 2013 B-22 Kumpulan G | Harimau Muda melakar kemenangan kedua dengan menewaskan Taiwan (Chinese Taipei) 4-2 dalam aksi perlawanan ketiga kedua pasukan di saingan kempen kumpulan G kelayakan Piala Asia 2013 bawah 22 tahun.

Video Malaysia Vs Taiwan 28 Jun 2012 | Kelayakan Piala AFC U22 2013

Malaysia terlebih dahulu di depan seawal minit ke-8 menerusi jaringan Rozaimi Abdul Rahman. Jaringan gol awal menaikkan semangat para pemain untuk mencari gol seterusnya.

Dalam usaha menahan asakan dari jentera serangan Malaysia, benteng pertahanan Taiwan, Chen Yen-Yui melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri dan meletakkan Malaysia 2-0.

Rozaimi sekali lagi menambah koleksi jaringan gol peribadinya menjadi 6 gol sepanjang saingan kelayakan kumpulan G dengan menjaringkan gol ketiga Malaysia di minit ke-40.

Bersambung babak kedua Taiwan berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Lin Chang Lun (minit 50′). Ketika kedudukan 3-1, D. Saarvindran menambah derita Taiwan apabila menyumbat gol ke-4 Malaysia.

Usaha Taiwan memburu gol penyamaan sehingga masa tambahan membuahkan hasil, Wen Chih Hao mendapatkan gol kedua mereka.

Dengan kemenangan 4-2 ini, Malaysia kini menduduki tangga ketiga kumpulan G dengan 6 mata manakala kedudukan 1 dan 2 dihuni oleh Korea Selatan dan Myanmar yang berkongsi 7 mata.

Video Highlights


kredit video - Bola Sokernet
kredit info - Enciknakal
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Crew Nakal28 June, 2012

    Kami dah banyak kali perhatikan byk entri di laman kami di copy paste oleh anda tanpa memberikan sumber (backlink)

    tlg hargai usaha orang lain sama

    ReplyDelete
  2. @Crew NakalSorry... terlupa nak backlink balik... maaf yer...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved