Mi Berlapis Dapat Menurunkan Berat Badan

on 7 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Mi Berlapis Dapat Menurunkan Berat Badan

Siapa yang tak kenal mee ? Kalau  pelajar IPT semua tahu dengan mee, sebab mereka dah lali dengan mee nie. Biasalah makanan harian dek kerana nak jimat gunakan duit PTPTN. Bukan mee sedaap, Indo mee atau mee Maggi tapi aku nak beritahu di sini pasal mi kuning kering. 

Saya ada terbaca artikal dalam beberapa buah akhbar online hari ini mengenai kejayaan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan lancar, mi kuning kering atau mi berlapis diperkaya dengan zat kapsaicin

Nak tahu apa itu zat kapsaicin ? Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti yang banyak.

Kalau di negara maju seperti di Amerika Syarikat kapsaicin lazimnya diambil dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping memerlukan perbelanjaan yang besar.

Dengan terciptanya mi berlapis, pengguna boleh menganbil kapsaicin tanpa iritasi atau kepedasan dalam mulut dan ianya merupakan produk pertama seumpamanya di dunia jika dibandingkan dengan mi biasa.

Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, produk ini mungkin salah satu jalan penyelesaiannya kerana ianya boleh menurunkan berat badan sehingga 1 Kilogram seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari. Setiap 100gram mi mempunyai 17 miligram kapsaicin.

Jangan hairan kerana inovasi ini turut memenangi anugerah emas dalam International Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2012 di Kuala Lumpur pada Mei lepas.

So, kalau ada sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah nantikannya yang dijanka berada dalam pasaran tidak lama lagi dengan harga RM7 bagi setiap 100gram.

Kredit to: Harian Metro

p/s: Sekalung tahniah kepada ketua penyelidik, Prof Azhar Mat Easa dan para penyelidik USM kerana berjaya menghasilkan produk seperti ini. Rakyat Malaysia juga dapat menghasilkan produk yang bermutu dan berkhasiat. Berbanggalah kamu semua dengan produk buatan Malaysia !.
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Sebenar cara untuk mendapatkan berat badan ideal adalah mengenal pasti keperluan kalori badan dari situ boleh menentukan pemakanan yang sesuai untuk keperluan kalori pada badan.

    Selalunya apabila berhenti mengambil pil slimming akan mengalami kenaikan berat badan dengan mendadak dan yang pelik sudahlah ambil pil slimming lepas itu kena kawal pemakanan.

    ReplyDelete
  2. apakah mee ini , perkara paling utama org akan tanya sedap ke .. huhu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved