Benarkah Zaman Remaja Sekarang Merupakan Zaman Liar ?

on 1 June 2012

Siapa yang tak kenal dengan Osman Ali, seorang pengarah terkenal dan filem terbarunya yang bakal menggegar panggung wayang pada 14 Jun nanti iaitu Jiwa Taiko. Filem tersebut memaparkan kisah benar kehidupan remaja pada masa kini.

Benarkah Zaman Remaja Sekarang Merupakan Zaman Liar ?

Adakah filem ini akan memberi mesej kepada orang ramai di luar sana tentang kehidupan remaja yang yang bakal memimpin negara kelak ? Adakah remaja sekarang ini terlalu dimanjakan sehingga menjadi liar dan sukar untuk dikawal ? dan banyak lagi persoalan yang timbul tentang remaja sekarang nie. 
Kehidupan remaja cuma sekali dan selepas itu kami akan beranjak ke zaman dewasa pula. So, salahkah kami nak enjoy sikit zaman nie.
Memang benar kehidupan remaja itu hanya sekali dalam seumur hidup dan memang tak salah kalau nak enjoy tapi kenalah pada tempatnya. Jangan sampai nak menyusahkan orang lain. 

Pihak yang berwajib juga kenalah ambil tahu tentang remaja sekarang dan jangan terlalu ikutkan kehendak remaja sangat kelak nanti akan menyusahkan banyak pihak siapa yang patut dipersalahkan. 

Saya juga seorang remaja dan faham tentang kehidupan kami ini. Kami tak naklah masyarakat di luar sana menuding jari kearah kami, mengatakan bahawa zaman kami nie 'ZAMAN LIAR'. So, tak patut salahkan kami seorang saja. Dalam hal ini semua orang ada tanggungjawab dan sama-samalah kita perbetulkan apa yang salah. 

Kita kena ingat setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan termasuklah kami (remaja) dan kami cuma berharap masyarakat dapat memaafkan kesilapan kami. Bukan semua remaja yang kekal liar dan 'jahat', pasti ada yang dah kembali ke pangkal jalan. 

Harap filem Jiwa Taiko ini dapatlah masyarakat di luar sana memahami tentang sedikit sebanyak tentang kehidupan remaja sekarang. 

Sedikit komen Osman Ali tentang filem Jiwa Taiko:-
"pelbagai metafora dan pengajaran banyak diselitkan dalam filem berkenaan yang mampu dijadikan panduan kepada penonton terutamanya golongan remaja.
"Jika kita tidak kuat dalam sesuatu pegangan dan percaya pada diri sendiri kita akan mudah terpesong dan terlibat dalam pelbagai perkara negatif.

Jangan lupa saksikan filem JIWA TAIKO yang bakal menggegarkan panggung wayang anda pada 14 Jun 2012. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. SP sokong ...memang liar pun sekarang ..i dont like it .. :(

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved