Permohonan Kemasukan Ke Program Pra Universiti Ke Sekolah Sukan Malaysia Sesi Akademik 2012

on 8 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Perhatian:

1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.


Panduan Permohonan:

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN.

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan

c. Ruang G. Perakuan

d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH 
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E, 
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
62604 PUTRAJAYA 
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)

sebelum tarikh tutup permohonan.

Nota penting:

Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal

Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.

Anda boleh membuat permohonan anda di:


Atau boleh terus ke :



Sekian... Terima kasih...

Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia



Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved