Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) DUN dan Parlimen

on 6 May 2013

Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) DUN dan Parlimen | Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 telah pun diketahui di mana Barisan Nasional (BN) terus menerajui tampuk kepimpinan di peringkat pusat. Barisan Nasional berjaya memperoleh 133 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP berjaya mengumpul sebanyak 89 kerusi Parlimen.

Daripada 89 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR), Pas berjaya memperoleh 21 kerusi, PKR berjaya mendapat 30 kerusi dan DAP pula sebanyak 38 kerusi.

Untuk info lanjut berkenaan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding bagi setiap negeri boleh klik Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

KEDUDUKAN TERKINI PRU13 [PARLIMEN]
BN
PAS
DAP
PKR
BEBAS
133
21
38
30
0
Keputusan PRU-13 Bagi Kerusi Parlimen


Berikut juga keputusan DUN dalam PRU-13 di mana BN berjaya memenangi 275 kerusi DUN. Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh 229 kerusi dan Bebas berjaya mendapatkan 1 kerusi DUN.

KEDUDUKAN TERKINI PRU13 [DUN]
BN
PAS
DAP
PKR
BEBAS
275
85
95
49
1

Keputusan PRU-13 Bagi Kerusi DUN

Selain itu, Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah di sana.

Untuk melihat keputusan yang lebih terperinci sila klik Keputusan Penuh PRU-13 Seluruh Negeri.


Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Anonymous10 May, 2013

    Aku simpati terhadap pemimpin BN yang tulin, UMNO, MCA MIC dan pemimpin lain-lain parti komponen BN yang benar-benar ikhlas mengharapkan kemajuan, keamanan negara dan keharmonian kaum dipertahankan di nagara bertuah ini.

    Ini termasuklah Tun Mahathir, pemimpin besar arkitek pembangunan negara yang mengorbankan berpuluh tenaga dan keringat dengan amat mengharapkan Wawasan 2020 menjadi kenyataan apabila Malaysia mampu menjadi negara perkasa maju dan makmur untuk rakyatnya malahan membantu negara lain khususnya umat Islam yang teraniaya di Palestin, Myanmar dan lain-lain.

    Malangnya cita-cita murni ini dirosakkan oleh pengkhianat besar bangsa ini dengan dibantu oleh orang Melayu sendiri yang jahil, bodoh seperti yang pernah diungkapkan oleh Penjajah. Benar sungguh kata-kata penjajah tentang orang Melayu dan sejarah membuktikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10 May, 2013

      Setuju sangat..walaupun bukan semua Melayu begitu. Kita ucap tahniah kepada Melayu yang insaf diri dan tidak mudah menjadi perkakas kepada manusia yang hanya petah berkata-kata..hari penuh racun berbisa.

      Delete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved