Penjelasan Izara Aishah Berhubung Isu Video Seksi | Izara Aishah memohon maaf berhubung isu video yang dipaparkan di laman Youtube tentang tarian menghairahkan (Tango). Jelasnya video tersebut sebenarnya adalah rakaman oleh salah seorang pelajar dari Sunway Kolej, yang aman kolej tempat Izara melanjutkan pelajarannya.
Persembahan tersebut merupakan projek semester akhir untuk pengajian Performing Arts dan Media tahun 2009 ketika Izara Aishah menuntut lagi di Sunway Kolej. Video tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai paparan kepada umum kerana ia adalah salah satu subjek pengajian yang diambil bagi pemarkahan oleh pensyarah.
“Jujur, Izara tidak menyangka video tersebut akan di muatnaik di Youtube. Tarian tersebut adalah ujian peperiksaan bagi projek semester akhir Izara dan bukannya untuk bersuka ria. Kostum yang disediakan hanya dipakai bagi persembahan itu sahaja dan bukannya pakaian harian,”
Izara yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem ‘Balun’ memohon maaf pada semua peminat serta berharap mereka memahami keadaan Izara yang pada waktu tersebut sedang menjalankan projek semester akhir pengajiannya.
“Secara peribadinya, Izara ingin memohon maaf kepada semua sekiranya video tersebut telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada penonton dan memohon bagi berhenti menonton video tersebut. Izara harap semua faham situasi Izara pada waktu itu.”Sumber: Forblogger.net
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment