8 Produk Samsung Disenaraikan Oleh Apple Yang Perlu 'Diharamkan' | Apple dilaporakan telah menyerahkan senarai lapan produk Samsung kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.
Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple. Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu :
- Galaxy S 4G
- Galaxy S2 AT&T
- Galaxy S2
- Galaxy S2 T-Mobile
- Galaxy S2 Epic 4G
- Galaxy S Showcase
- Droid Charge
- Galaxy Prevail
Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. (Sumber)
Note : kalau macam tu paten macam manalah yang akan Samsung keluarkan lepas ni. Adakah seperti dibawah? huhu
Adakah ini Patern Samsung selepas ini. Canggih Tak?
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment