Kanak-Kanak 10 Tahun Lahirkan Anak

on 6 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang melawat blog ini. Biasanya kita akan dengar remaja yang berumur 16 hingga 19 tahun yang melahirkan anak akibat perhubungan seks bebas. Tapi kali ini labih teruk lagi dari jangkaan kita semua. Bila aku baca saja berita ini memang terkejut juga aku. Apa tidaknya, baru berusia 10 tahun sudah melahirkan anak. Tidakkah itu merisaukan kita semua ?!. 

Mengandung Di Usia Muda
Gambar Sekadar Hiasan
Anda semua sepatutnya lebih risau bila mendengarkan berita ini kerana inilah tanda-tanda dunia dah nak berakhir. Aku bukannya nak menakutkan anda semua sekadar nak memberi peringatan sesama kita saja. 

Kejadian yang saya maksudkan berlaku di Bogota, Columbia. Kanak-kanak tersebut menjadi antara ibu termuda di dunia setelah melahirkan seorang anak perempuan. Kanak-kanak tersebut mereupakan anggota suku kaum Wayuu di Semenanjung La Guajira. Kanak-kanak berkenaan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean untuk mengeluarkan bayi tersebut apabila kandungannya berusia 39 minggu.

Ia kali pertama kanak-kanak itu yang berasal dari bandar Manaure, mengunjungi doktor berhubung kehamilannya.

Dia dilapor tiba di hospital itu dalam keadaan berdarah sambil menangis kerana kesakitan disebabkan deria untuk bersalin.

Doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu kerana usianya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan anaknya yang hanya seberat lima paun, sihat walaupun si ibu enggan menyusukan bayinya.

Mereka kini berada di hospital yang lokasinya tidak didedahkan.

Walaupun polis Colombia boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap si bapa atas tuduhan melakukan seks bawah umur, perlembagaan negara itu menjamin autonomi masyarakat Wayuu.

Ia membenarkan suku kaum itu mengekalkan kedaulatan mereka dan beberapa warisan budaya yang antaranya melahirkan anak ketika usia amat muda.

Namun, suku kaum itu enggan mendedahkan identiti si bapa. Beberapa akhbar Colombia meramalkan dia berusia 15 tahun. Ada yang percaya dia berusia 30 tahun.

Kes itu diselar oleh Pengarah Hospital tempat kanak-kanak itu bersalin.

“Ini bukan kali pertama kami menerima kes seperti ini. Kanak-kanak itu sepatutnya bermain anak patung, tetapi sebaliknya, mereka menjaga anak mereka,” kata Efrain Pacheco. - DM
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved