Gambar Proton Preve Baru Yang Menggantikan Nama Proton P3-21A

on 4 April 2012



Nama Proton Preve dengan rasminya telah digunakan mengganti nama Proton Baru P3-21A yang membawa maksud "to prove". Ini telah dinyatakan oleh Datuk Seri Syed Zainal Abidin selaku GMD Proton Holdings Berhad. Jadi bermula sekarang nama P3-21A dah tak digunapakai dah. Dah boleh guna Proton Preve. Memang menawan aku tengok gambar Proton Preve ini. Kalau dapat test drive kereta ni mesti best. Layan gambar kat bawah Kredit Funtasticko Design.

Proton Preve



Gambar sesi media test drive di Putrajaya dari forum.lowyat.net




Nampaknya tarikh pelancaran model ini telah pun ditetapkan pada 16 April. Majlis tersebut bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tempat pelancaran kemungkinan di Mines, menurut sumber yang terdekat.

Model yang berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 didatangkan dengan 2 pilihan enjin IAFM+ & CFE serta kotak gear manual (5 kelajuan) & CVT (7 kelajuan). Nama Proton Preve yang disebut “prey-vey” dipilih adalah dari perkataan yang bermaksud “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan) dalam bahasa Inggeris.


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. P3-21A bukanlah nama asal, tetapi nama model di peringkat pengeluaran. Untuk pemasaran, sudah tentu nama lebih glamer digunakan iaitu, PREVE...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved