Memang tak sangka yang Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak mempunyai impian untuk bergelak seorang pelumba kereta pacuan empat roda walaupun telah berjaya mengukir nama sebagai pelakon.
Di fahamkan, Zizan sudah lama mengimpikan cita-cita tersebut kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan menyertai pertandingan tersebut jika ada peluang dan masa terluang.
Rupa-rupanya dia amat meminati sukan ini sejak dahulu lagi. Malah ketika dia tinggal di kampungnya iaitu di Terengganu, dia sering berlumba Motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan. Bukan dekat lebuh raya tu ya.... Sepatutnya cara inilah yang patut anak muda buat, bukan berlumba dekat lebuh raya. Itu hanya membahayakan nyawa saja dan sia-sia.
Selain itu, Zizan berharap dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini. Nampaknya Zizan macam, nak melebarkan sayapnya pula dalam bidang permotoran. Harap impian Zizan tercapai dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
Sebenarnya bukan itu saja yang dia minat, Zizan juga bercita-cita untuk menjadi pengarah filem pada suatu hari nanti. Oleh sebab itu, dia mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir. Selain itu, Zizan juga akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan.
Kalau anda nak tahu, Zizan memiliki sebuah syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari.
Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.
Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment