Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012

on 27 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...





Kepada semua pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berpendapatan  tidak melebihi RM5,000 sebulan akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus (%) berkuat kuasa pada Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa iaitu 12 peratus (%) akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja , 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus (%). 

Walaupun kenaikan ini dilihat hanyalah satu peratus tetapi ianya sangat bermakna bagi mereka yang mencarum di KWSP. Ianya juga dapat meningkatkan sedikit jumlah tabungan mereka untuk di hari tua kelek walaupun tak banyak. Biasalah tu, lagipun menurut kajian yang di buat para pesara hanya bergantung sepenuhnya kepada duit KWSP selepas persaraan dan kebanyakkannya hanya bertahan tiga hingga empat tahun sahaja selepas umur persaraan.


Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus (%) atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.


Perdan Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi persara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus (%) pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.


Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman beserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.


Sumber : KWSP

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved