Tips & Info | Tips SEO

on 7 November 2011

Assalamualaikum
 
 
Bergelar seorang blogger memang impianku sejak dua tahun lalu lagi. Baru sekarang admin dapat merealisasikan impian admin nie.So, dalam bergelar sebagai blogger nie memang banyak rintangannya, bukannya senang nak jadi blogger rupanya. Baru admin tahu semuanya selepas menjadi blogger nie susah nak tarik orang ke blog kita nie. So, admin pun rajin-rajinkan lah diri nie jalan-jalan terjah kemana yang patut untuk tingkatkan visitor ke blog kita. Admin pun terjumpa perkataan SEO. Apa tu SEO? Admin pun tak tahu pada mula-mulanya tapi lepas baca dan selidik tahulah juga sikit-sikit, tak banyak pun.huhuhu... Boleh dikatakan SEO ini memang agak glamour terutamanya di kalangan blogger yang sudah agak lama bertapak di dunia blogging.



Bagi blogger baru macam admin nie, mungkin masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni admin akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini termasuk diri ini.

Apa itu SEO.


- SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².


Apa tujuan SEO.

-Tujuan utama SEO bagi seorang blogger yang menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine. Kemudian baru berkaitan dengan pagerank, earning dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah trafik dari search engine.


Perlu ke SEO pada blogging.

- Pada blogger yang pentingkan trafik untuk ke blog mereka, YA !. Dan paling kurang tahu basic² utama dalam SEO ini.
- Bagi blogger yang berblogging sekadar diari, mengisi masa lapang, atau berblogging sekadar ada blog, SEO tidak begitu penting.


Banyak ke teknik SEO ini.

-Ya, ada banyak teknik SEO. Admin akan terangkan dalam post-post lain selepas ini.


Kalau buat SEO ni konfirm berjaya ke.?

- Admin tidak boleh kata konfirm. Tetapi bagi sesiapa yang menggunakan dan mencubanya boleh dikatakan akan menampakkan hasilnya.



Contoh hasil SEO.?

Ini admin ambil dari blog kawan , unwanted86.blogspot.com. Berkaitan bulan ramadhan, so target SEO admin berkaitan ramadan. Gambar di bawah contoh trafik hasil SEO.


Apa Itu SEO



Ada beza ke SEO dan SERP.
Yuppp memang berbeza.
SEO - Search Engine Optimizationn - Lebih kepada teknik
 
SERP - Search Engine Results Page - Kedudukan dalam search engine. (kurang glamour:)



Perkaitan keduanya.?

Power SEO, akan power SERP. Boleh kata SEO adalah usaha, SERP adalah hasil.:)


So, apa tekniknya.?

- nanti admin akan bagitahu dalam next entri. Ini kan baru pengenalan.:)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved