MotoGP Malaysia Terpaksa Dibatalkan

on 23 October 2011

 
 
 
 
Satu berita yang sungguh menyedihkan dan amat mengejutkan bagi setiap peminat permotoran antarabangsadan juga tempatan kerana telah kehilangan seorang penunggangMotoGP iaitu Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini telah maut dalam kemalangan yang melibatkan dua lagi penunggang Colin Edwards dan Vilentino Rossi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini (23.10.2011). Perlumbaan yang baru saja bermula tidak sampai empat minit terpaksa dihentikan.
 
Simoncelli terjatuh semasa di selekoh 11 dan telah menyebabkan mendiang dilanggar oleh dua lagi penunggang (Edwards dan Rossi) yang mengekori mendiang dari belakang. Edwards dan Rossi dilaporkan juga mengalami kecederaan selepas kejadian tersebut. Mendiang dilihat terpaku dan tidak bergerak di atas litar selepas kemalangan tersebut.

Memang tak sangka mendiang Simoncelli akan maut di tempat kejadian. walaupun Aku tak seberapa kenal siapa itu Simoncelli, mungkin tak kenal langsung sebab aku just tau Rossi, Pedrosa dan ada lagi lah...huhuhu.. tapi aku terkejut juga dengar berita nie... yang tak bagusnya dan tan tahu adab langsung, ada segelintir penonton membaling botol dan kotak minuman ke dalam litar sebaik saja pengumuman pembatalan MotoGP Malaysia. Apa lah nak jadi orang yang macam tu, tak tahu adabkah? tak pasal-pasal terpaaksa lagi buat kerja amal nak pungut botol dan kotak minuman yang dorang baling tu... ok lah malas nak tulis panjang-panjang... 
 
SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports.

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli. - BERNAMA - BHarian
 
Marco Simoncelli
 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved