Jom Teropong | Sifat Pemalu

on 28 October 2011

Assalamualaikum

Hai sahabat-sahabat blogger sekalian, apa khabar, sihat tak?.. korang teropong tak nie, kalau ada mari sama-sama kita teropong apa kelebihan sifat pemalu itu. Dalam kalangan blogger yang singgah di sini ada tak yang ada sifat yang macam ni? Sekarang nie nak cari orang yang mempunyai sifat pemalu ni susah dan memang jarang yang kita jumpa kalau ada pun kita jumpa orang yang muka tak malu jer..hahaha... jangan marah ya kalau ada yang tersinggung...

Sifat pemalu ni memang tidak lari dari perempuan. hal ini kerana perempuan memang diciptakan dengan sifat pemalu, lemah lembut, sopan santun, dan banyak lagi. Tapi korang tahu tak yang lelaki pun ada juga yang mempunyai sifat pemalu ini tapi tak ramai. 

Korang semua tahu tak, yang sifat pemalu nie sangat-sangat dituntut dalam Islam dan ianya membawa banyak kebaikan dari keburukan berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.;

Maksudnya: “ Perasaan malu itu tidak akan memberi kesan kecuali suatu yang baik”
 (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “ Rasulullah S.A.W lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang menegur seorang saudaranya mengenai sifat malunya, lalu baginda bersabda: Biarkan dia, kerana sesunggyunya sifat malu itu adalah sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Malu adalah sifat fitrah manusia. Setiap manusia yang waras akal fikirannya pasti mempunyai sifat malu pada perkara-perkara yang tertentu. Fitrah yang suci pada diri manusia akan melahirkan perasaan malu untuk melakukan suatu yang tidak bersesuaian dengan kehidupan manusia.

Menurut kaca-mata Islam sifat malu ini ada dua jenis:
- Sifat malu yang terpuji ianya pula ada dua bahagian:

 *Perasaan malu untuk melakukan larangan-larangan Allah Ta’ala.
 *Perasaan malu untuk meninggalkan perintah-perintah Allah Ta’ala.
    
- Sifat malu yang terkeji juga ada dua bahagian:

 *Perasan malu untuk malakukan perintah-perintah Allah Ta’ala.
 *Perasaan malu untuk meninggalkan larangan Allah Ta’ala.


Umat Islam hari ini, amat malu untuk menjadi muslim yang taat dan patuh pada perintah Allah Ta’ala, kerana mereka tidak mahu digelar sebagai manusia yang ketinggalan zaman kolot dan sebagainya. Ada di kalangan umat Islam yang menganggap  ketaatan pada perintah Allah Ta’ala akan menyebabkan diri meraka dihina dan menghalang mereka mencapai kemajuan dan kecemerlangan.Kalau manusia seperti ini yang ada entah apa akan jadi dengan sifat malu lagi.

Apakah kita masih boleh dikatakan bangsa yang pemalu, andai pakaian kita tidak dapat menutup tubuh-badan kita, pakaian kita mendedahkan sebahagian besar aurat ?! Kita sanggup berbogel dengan pakaian yang dianggap sesuai dengan kemajuan dan keunggulan dunia koperat, teknologi dan sebagainya!

Apakah kita masih boleh dikatakan bangsa yang pemalu, andai pergaulan kita tanpa batasan, diri kita seorang lelaki bebas menyapa, menyentuh, memegang dan … tubuh-badan dan kehormatan wanita lain yang bukan isteri kita. Diri kita seorang wanita, tubuh-badan kita dan kehormatan kita bebas dilihat, disentuh, dipegang dan …. Oleh lelaki yang bukan suami kita!

Apakah kita boleh dikatakan bangsa yang maju dan unggul, andai arak, perlacuran, perjudian dan dadah sudah menjadi keperluan harian kita, halal atas nama perniagaan,  halal demi memiliki kemajuan dan kejayaan, halal agar dilihat unggul dan  gemilang.

Terlalu banyak yang perlu disoalkan kepada diri sendiri, untuk menilai semula hakikat diri kita.

Akhir kata, buat kali ini, perhatikan maksud sabda Rasulullah S.A.W. berikut:

Maksudnya:  “Apabila kamu tidak merasa malu, maka buatlah apa yang kamu suka ….”   (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Bukan nak jadi ustazd tapi nak nasihat-menasihati.. Saya juga seperti kamu semua dan diharap kita dapat memupuk sifat malu kita agar kita menjadi seorang yang disegani dan janganlah kita sombong apabila kita berada di atas. Jadilah seperti padi, semakin tinggi semakin tunduk. Wassalam


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved