Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013 | Yayasan TM mempelawa pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2013. Tarikh tutup permohonan dalam talian adalah pada 28 Februari 2013.
A. Syarat dan kelayakan
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
- Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR 2012.
- Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
B. Pakej Biasiswa
- Elaun poket RM1,000 setahun (Tingkatan 1)
- Elaun poket RM1,500 setahun (Tingkatan 4)
- Peluang mengikuti program pembangunan
C. Cara memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online dengan melayari sesawang Yayasan TM seperti berikut :
- Sila baca panduan mengisi borang di bahagian permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
- Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen yang dicetak serta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Mac 2013 :
- Sijil kelahiran / kad pengenalan
- Keratan gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
- Salinan keputusan UPSR atau PMR 2012
- Salinan penyertaan ko-kurikulum yang disenaraikan dalam permohonan
- Surat cerai / kematian / OKU jika berkaitan
kepada :
Sekratariat Pemilihan Biasiswa Kecil
Yayasan TM, Aras 14(S)
Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Sumber : Ciklaili.com

