Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung | Sebelum ini admin ada berkongsikan gambar Wonder Girls membuat kejutan kepada semua peminat yang hadir pada persembahan Konsert Wonder World Tour in Malaysia dengan memakai baju tradisional melayu baju kurung yang berlangsung pada 13 Oktober 2012 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Jadi hari ini admin nak kongsikan satu video persembahan mereka ketika memakai baju kurung dengan membawa lagu popular mereka berjudul Be My Baby. Jom tonton....
4 Gambar Persembahan Wonder Girls Tampil Berbaju Kurung | Persembahan kumpulan K-Pop dari Korea dalam Konsert Wonder World Tour in Malaysia 2012 yang berlangsung pada 13 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur membuat kejutan apabila muncul memakai baju tradisional Melayu baju kurung pada persembahan tersebut.
Mereka (Wonder Girls) yang mebawa lagu Be My Baby, tampil dengan memakai baju kurung bercorak seragam pelabagai warna kelihatan bersahaja dengan tarian mereka. Terdapat beberapa gambar yang sempat diambil dalam konsert yang memukau hampir 5ribu orang yang menyaksikan persembahan mereka pada malam konsert itu.
Secara tidak langsung ianya telah mempromosikan baju tradisional orang melayu dan difahamkan penampilan mereka juga menjadi topik utama media serta peminat di Korea.
Big Bang Alive Tour 2012 Di Malaysia Pada 27 Oktober Di Stadium Merdeka | Buat peminat artis Korea atau lebih ringkas lagi Kpop kamu semua berpeluang untuk menyaksikan sendiri artis Kpop ini secara dekat apabila kumpulan Big Bang mengesahkan akan turun ke Malaysiapada 27 Okteber 2012 nanti. Konsert besar-besaran Big Bang sempena Alive Tour ini akan diadakan di Stadium Merdeka. Pasti ramai peminat-peminat Big Bang membanjiri Stadium Merdeka terutama sekali wanita.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan jualan tiket untuk konsert ini akan diupdate di Blog Abang Naraataupun di blog ini. So, nantikan saja informasinya....