Showing posts with label Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Show all posts
Showing posts with label Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Show all posts

Semakan Keputusan Permohonan Ke KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014

on 4 November 2013

Semakan Keputusan Permohonan Ke KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014

Semakan Keputusan Permohonan Ke KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014 | Calon yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi ambilan sesi Januari tahun 2014 boleh membuat semakan sama ada permohonan tersebut berjaya atau tidak mulai 4 November 2013, Isnin.

Semakan Online Keputusan Ke KKTM dan IKM Sesi Januari 2014


Semakan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web rasmi sistem pengambilan SPUPIM Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan (link) 



Permohonan Rayuan


Bagi pemohon IKM dan KKTM yang tidak berjaya,calon boleh memuat turun (download) Borang Rayuan di Laman Web MARA eKemahiran di pautan http://www.ekemahiran.edu.my.

Selain itu, di laman web terbabit calon boleh mendapatkan prosedur maklumat kemasukan yang berkaitan antaranya;
  • Buku pendaftaran Pelajar
  • Panduan mengisi dokumen penjanjian pelajar
  • Dokumen penjanjian sijil/diploma kemahiran mara

Calon juga boleh melayari Portal UPIM di pautan http://apponline.mara.gov.my/upimonline bagi mendapat maklumat berkaitan permohonan dan tawaran dengan sewajarnya.

Permohonan Ke Kolej MARA KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014

on 24 September 2013

Permohonan Ke Kolej MARA KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014

Permohonan Ke Kolej MARA KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014 | Pihak MARA mempelawan calon yang berminat untuk menyertai dan mengemukakan permohonan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) bagi pengambilan bulan Januari 2014 bermula 4 September sehingga 4 Oktober 2013.

Borang Permohonan KKTM dan IKM Sesi Januari 2014


Calon yang ingin membuat permohonan secara atas talian (online) boleh melayari laman puatan di bawah;



Syarat Kemasukan


Lepasan SPM / *IKM :
  • Warganegara Malaysia & Bumiputera
  • Lulus SPM
  • Sihat tubuh badan
  • Umur 18 hingga 24 tahun
Lepasan IKM :
  • Lulus sijil Kejuruteraan IKM/Teknologi Kejuruteraan IKM/Teknologi IKM atau setara dengan CGPA > 2.00 dan
  • Pemohon memerlukan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM

Program Ditawarkan

  • IKM : Program Sijil
  • KKTM : Program Diploma

Kemudahan yang disediakan

  • Yuran pengajian percuma dan dibiayai oleh MARA
  • Asrama
  • Fasiliti yang lengkap
  • Elaun sara hidup bulanan

Keputusan Permohonan KKTM dan IKM

  • Keputusan permohonan boleh disemak mulai 4 November 2013.

Pertanyaan

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
TEL: 03-261 34611 / 34612 / 34618 / 34605

atau 

layari laman portal : www.ekemahiran.edu.my

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013

on 27 May 2013

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013 | Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi Sesi Julai 2013 ini akan diumumkan pada 1 Jun 2013 melalui Laman Web http://www.ekemahiran.edu.my.

Calon yang berjaya dikehendaki Klik Setuju Terima Dan Mencetak Surat Tawaran dan Dokumen lain-lain. Tempoh untuk memberi maklum balas adalah sehingga 9 Jun 2013.

Sekiranya calon tidak berjaya, sila cetak Borang Rayuan di Laman Web eKemahiran dan faks ke 03-26914510 untuk membuat rayuan. 

Klik tajuk pautan di bawah untuk download borang rayuan kemasukan ke IKM dan KKTM.

Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013

on 5 October 2012

Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL, KPTM, KM Sesi Januari 2013Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2013.

Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)
Program Pengajian

KOLEJ PROFESIONAL MARA
  • Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah
KOLEJ POLY-TECH MARA
  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi
GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE
  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma
KOLEJ MARA
  • Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)
Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf
Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.



Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2013 ditutup pada 23 Oktober 2012.

Maklumat

> Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
> Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
> Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :-

  • Kolej Profesional MARA

  • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
    Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
    Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077
    Tel: 03-2613 2000 samb 39010 / 39011
    Faks: 03-2691 0636
    e-mel: upim@mara.gov.my
    Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

  • Universiti Kuala Lumpur

  • Bahagian Hal Ehwal Akademik
    1016, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2175 4000
    Faks: 03-2175 4001
    e-mel: enquiries@unikl.edu.my
    Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my

  • Kolej Poly-Tech MARA

  • Bahagian Pemasaran Korporat
    Jalan 6/91,
    Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
    56100 Kuala Lumpur
    Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762
    Faks: 03-9281 7491
    e-mel: marketing@kptm.edu.my
    Laman web : www.kptm.edu.my

  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA

  • Institut Kemahiran MARA
    Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
    Tingkat 20 & 21,
    Ibu Pejabat MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2613 4605 / 4612
    Faks: 03-2691 4510
    e-mel: upimikm@mara.gov.my
    Laman web : http://www.ikm.edu.my/

  • German-Malaysian Institute 

  • Jalan Ilmiah,
    Taman Universiti,
    43000 Kajang,
    Selangor
    Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288
    Faks: 03-8921 9001
    e-mel: enquirygmi@gmail.com
    Laman web : www.gmi.edu.my
Sumber: ePutra
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved