Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

on 27 August 2013

Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014 | Menerusi informasi terkini di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja.
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.





Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online


Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014. Untuk dapatkan buku panduan sila klik BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.

Maklumat


  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau


    Telefon: 03 8321 7400 atau 

    Faks: 03 8321 7403/ 7402.

  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.

Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url http://www.sekolahmalaysia.com ataupun http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved