Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

on 2 July 2013

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 mulai 1 Julai 2013. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sujil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh membuat permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Cara Memohon Program Matrikulasi



  • Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

  • Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

  • Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut; 

[KLIK TAJUK PAUTAN DI BAWAH]



Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;

Kelayakan Minimum Akademik PST


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Tarikh Tutup Permohonan


  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2014/2015 pada 10 Oktober 2013
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


Kemaskini Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat kemaskini permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.


Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi


Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.


Penempatan Kolej Matrikulasi


Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM.


Rayuan Permohonan Matrikulasi


Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2014 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).


kredit: eputra.com
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Assalamualaikum..nak tanya,jurusan perakaunan kalau mata pelajaran reka cipta boleh diterima ke sebagai 'mata pelajaran teknik'??

    #mohon balas dengan segera

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved