Gelora Remaja Kini Cerpen Panas Telefon Bimbit

on 17 October 2012

Gelora Remaja Kini Cerpen Panas Telefon Bimbit

Gelora Remaja Kini Cerpen Panas Telefon Bimbit | IPOH: Gelora remaja sekarang, kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen tidak bermoral lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.

Seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen tersebut dari negara jiran itu.

Gelora Remaja Kini Cerpen Panas Telefon Bimbit

Menurut beliau, terdapat ratusan cerpen tidak bermoral boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web yang menawarkan bahan bacaan itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.

“Walaupun kebanyakan laman web tidak bermoral tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita itu dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya. Sumber: forblogger.net
Nota: Inilah akibatnya kalau teknologi semakin canggih dan gadget-gadget pun semakin hebat dan canggih. Memang banyak penyalahgunaan yang berlaku sebab terlalu terikutkan nafsu. Sepatutnya benda macam tu boleh dielakkan. Siapa patut disalahkan dalam hal ini? Tepuk dada tanya diri...
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved