Pakej Internet 1Malaysia - Kadar Serendah RM20 Sebulan

on 5 September 2012

Pakej Internet 1Malaysia - Kadar Serendah RM20 Sebulan | Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar selain meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

Pakej Internet 1Malaysia - Kadar Serendah RM20 Sebulan

Buat permulaan, penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan bakal menikmati kemudahan melanggan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga serendah RM20 sebulan bermula 16 September 2012 ini.

Menerusi Pakej Internet 1Malaysia tersebut, mereka boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had.

Pakej asas tersebut akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak. Lima negeri itu dipilih kerana kadar penembusan jalur lebarnya masih di bawah kadar negara iaitu 64 peratus. Namun jika Pakej Internet 1Malaysia yang ditawarkan mendapat sambutan, kerajaan akan perluaskan ke negeri-negeri lain.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. anda boleh daftar secara online dengan percuma mudah dan cepat http://daftarunifionline.com/

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved