Kereta Mael Lambong Toyota Soarer E MZ II Dilelong !

on 5 July 2012

Peluang Miliki Kereta Mael Lambong Toyota Soarer E MZ II Secara Bidaan | Excellent Pictures mencipta kejutan tersendiri apabila membuka bidaan untuk kereta yang digunakan oleh Mael Lambong dalam filem itu dengan harga permulaan RM5,000. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kereta yang digunakan Mael Lambong (Zizan) inilah masanya untuk anda membuat bidaan.

Kereta Mael Lambong Toyota Soarer E MZ II Dilelong !

Untuk makluman, setelah membuat pengumuman itu di slot Ceria Pagi di Suria FM, sebanyak 100 penyertaan telah diterima berkenaan bidaan ini. Kereta Mael Lambong, lakonan Zizan Razak, yang digunakan dalam filem berkenaan, merupakan sebuah kereta ‘Drift’ jenama Toyota Soarer E MZ II dengan kapasiti enjin 2500 cc.

Bagi pembida tertinggi, satu majlis penyerahan kereta tersebut akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak. Untuk membida kereta Mael Lambong ini, peminat boleh melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman www.facebook.com/kisahmaellambong. kredit: ammboi.com

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Anonymous05 July, 2012

    Jalan sini :) dah follow .hope follow me back. www.dianpixy.com

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved