Datuk Lee Chong Wei Terima Pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM

on 5 July 2012

Datuk Lee Chong Wei Terima Pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDMDatuk Lee Chong Wei Terima Pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM | Ianya satu penghormatan dan pencetus semangat buat jagoan badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei. Beliau telah dianugerahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam satu majlis yang berlangsung hari ini.
Pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) kepada Datuk Lee Chong Wei telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Chong Wei berkata anugerah pangkat yang berkuatkuasa 1 Mei 2012 lalu itu boleh memberi dorongan kepadanya dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini.

Chong Wei, yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan dengan pasangannya yang juga bekas pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo, berkata penyertaannya pada Olimpik kali ini adalah yang terakhir, dan segala perancangan perkahwinan hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu. Sekarang beliau mahu fokus kepada latihan dan berusaha untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara. kredit: ammboi.com

p/s: Harap lepas ini Datuk Lee Chong Wei akan lebih bersemangat lagi untuk meraih emas pertama Malaysia di sukan Olimpik nanti.

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Berbaloi dengan pengorbanan dia selama ni...tahniah DLCW

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved