Presiden Seniman, Zed Zaidi mendakwa tawaran berlakon buat Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna akan disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sekiranya ketiga-tiga pelakon tersebut terus berbalah seperti yang dilaporkan mStar Online.
Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.
Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan dating.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana syarikat tempatan akan mematuhi sekatan ini seandainya ia dikuatkuasakan kelak kerana produksi biasanya mengambil pelakon-pelakon ini kerana mereka sedang laris dan boleh menyumbang kepada jumlah penonton drama atau filem. Namun begitu, Zed Zaidi menambah:-
Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya.
Apakah pendapat anda, adakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Zed Zaidi ini berpatutan? Sila maklumkan pendapat anda di ruangan komen.
Kredit to: Abang Nara
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment