"Mr. Bean" Jadi Pocong Filem Indonesia

on 25 March 2012



Fuhhhh, memang terkejut bila dengar Mr. Bean akan berlakon filem di Indonesia nanti. Ceh, dari watak lucu terus pergi bertukar ke watak seram pula. So, jangan lupa saksikan filem tu nanti ya. So, mungkin filem nie akan laris juga dekat pawangan nanti. 

Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.

Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.

"Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.

Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".

"Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.

Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. wahh .. confirm tengok cter nih nanti .. heehe

    ReplyDelete
  2. ahahaha.. silap2 bukan jadi seram, jadi lawak plak cerita tu..

    ReplyDelete
  3. @amira Tengok jangan tak tengok... huhuu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved