Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 - Full Episode

on 12 December 2013

Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 - Full Episode
Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 - Full Episode | #MLM2013 kini memasuki minggu kelima dengan tinggal hanya 11 peserta sahaja yang akan bersaing untuk ke pusingan seterusnya.

Pada minggu lepas kumpulan Mamu telah tersingkir dek kerana mendapat undian terendah. Selain itu, dua lagi peserta yang berada di 'bottom three' setelah mendapat undian terendah pada minggu ke-4 #MLM2013 iaitu Boboi dan Wala.

Satu kejutan yang berlaku pada aksi MLM2013 pada minggu ke-4 lalu, di mana Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik secara tiba-tiba mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan untuk menarik diri dari pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Namun hasrat tersebut tidak dapat diteruskan kerana tidak dibenarkan.

Siapa pula yang akan tersingkir pada minggu kelima #MLM2013? Tema apa pula yang akan diberikan kepada peserta kali ini? 

Maharaja Lawak Mega 2013 #MLM2013 bagi minggu kelima akan bersiaran dari Auditorium MBSA Shah Alam, pada Jumaat, 13 Disember 2013. MLM 2013 akan bersiaran bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta aplikasi Astro on-the-go.


Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 - Full Episode



Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved